Sunday, July 27, 2008

Hadkan Kuota pencalunan kepada 30 bahagian sahaja

UMNO cawangan Beringin, Bahagian Pasir Gudang, dalam mesyuarat Agungnya hari ini telah meluluskan satu usul agar MKT mengubah syarat untuk bertanding jawatan Presiden UMNO memadai dengan mencukupkan kuota 30 bahagian saja, bukannya 30% Bahagian UMNO seluruh negara.
Minda Hj Mail amat menyokong usul ini dan meminta MKT membuat perubahan itu dan ianya dibuat sebelum bermulanya Masyuarat Agung Bahagian-Bahagian UMNO seluruh negara. Kepada semua pemimpin tertinggi UMNO diharap jangan takut deengan pindaan ini, malah sedia untuk ditandingi oleh siapa jua jika benar-benar yakin yang kita sebenarnya diterima oleh ahli akar umbi.
Dengan terus memomokkan bahawa pertandingan pucuk pimpinan tertinggi paeti boleh membawa perpecahan, justru itu biar jangan ada pertandingan, natijahnya ditakuti perpecahan lebih besar akan berlaku apabila majoriti ahli akar umbi UMNO akan terus kecewa, bosan dan benci kepada UMNO.
Kepada pimpinan tertinggi parti, insaflah dan kembalilah kepada akar umbi, hormati hak dan suara mereka. Janganlah sekali-kali menapikan hak mereka, malah mengugt dan menekan mereka agar menyokong rancangan dan keputusan kita.
Ingatlah adanya kita di atas adalah kerana adanya mrerka ahli akar umbi yang menyokong kita. Jangan nanti sampai pemimpin tidak lagi ada orang yang nak dipimpin, bagai seorang general kehilangan suldadu dalam satu perperangan. Apa jadinya?
Cetusan Minda Hj Mail: fikir-fikirkanlah

Saturday, July 26, 2008

KeArah Peralihan Kuasa

Umum sudah sedia maklum tentang Proses peralihan kuasa Abdullah-Najib pada Jun 2010. Namun saya merasakan terdapat kekosongan dalam melihat siapaka pengganti tempat Dato Sri Najib bermula Jun 2010 nanti.
Dalam kontek ini, saya rasa amat kecewa dengan Dato Sri Najib yang seolah-olah memandang ringan kedudukan orang nombor 2 setelah beliau mengambil alih pimpinan UMNO.
Dengan memastikan jawatan nombor satu dan dua tidak dicabar atau pun kekal disandang oleh tokoh sedia ada, jawatan Naib Presiden menjada jawatan utama bagi seseorang yang layak untuk dinamakan sebagai penolong kanan Najib.
Adalah baik sekali kita menyokong saranan beberapa pihak agar dandingan Najib-Mohyiddin dapat dijelmakan selepas Jun 2010. Namun hasrat itu hendaklah dijelmakan dipastikan seawal Perhimpunan Agung UMNO November nanti iaitu dengan memastikan TSM itu berjaya menduduki Kerusi Naib Presiden (kalau boleh dengan undi terbanyak)
Soalannya Najib setuju ke tidak? Atau Dato Sri Najib ada calun lain? Kalau setuju, Dato Sri Najib seharusnya dapat memberikan bayangan dan sokongan kepada TSM.
Kalau memang benar Dato Sri Najib ada pilihan lain, adakah seluruh ahli UMNO bersetuju dan menerima bulat-bulat.
Atau kitalah ahli UMNO yang menentukannya dalam masyuarat Bahagian nanti.
Pesanan Long Mail, kepada para perwakilan masyuarat bahagian nanti fikir-fikirkanlah

long Mail, minta Dato Najib, TSM nyatakan pendirian demi perpaduan UMNO

SALAM PENGENALAN

Assalamualaikum wbt.
Saya rasa amat berbangga kerana akhirnya impian saya untuk mempunyai blog sendiri telah tercapai. Melalui blog ini, saya akan menyatakan pendapat saya dan pandangan saya mengenai banyak perkara meliputi pelbagai tajuk baik sosio politik, ekonomi, kemasyarakatan, motivasi mahupun agama.

Sebagai seorang graduan Sains Politik (1985) UKM, bekas Pegawai Tadbir sebuah Jabatan Kerajaan, bekas penceramah motivasi, saya berkeyakinan untuk menggunakan semua pengalaman itu untuk menganalisa perbagai perkara yang berlaku sekitar kita dan seterusnya menyatakan pandangan peribadi saya dalam blog ini.

Semoga kehadiran saya dapat diterima oleh semua pembaca blog. Saya juga amat berharap blogger senior yang menjadi idold saya seperti Chedet, Rocky Bru, Kuda Kepang, A Kadir Jasin, Dr Norvandri, Ahmad Talib, Jailani Harun (sekadar menyrbut beberapa nama) dapat menjenguk blog ini dan seterusnya memberi komen dan bimbingan kepada saya.

Secara ringkas saya Hj Ismail B Hj A Hamid, berusia 51 tahun, anak jati Negeri Johor. Saya seorang OKU dan kini menjalani rawatan hemodialisis. Mengusahakan perkhidmatan teksi di Bandaraya Johor Bahru.

Sehingga dipertemuan yang akan datang, Salam Ta'zim dari saya.

Long Mail