Sunday, September 28, 2008

Peri Pentingnya Masyuarat UMNO Bahagian

Assalamualaikum Wbt.
Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) UMNO ditunda ke Mac 2009 yang sekali gus menangguhkan proses pemilihan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang baru. Begitulah keputusan Masyuarat tergempar MKT pada pagi Jumaat 26 September 2008 yang lalu.
Namun masyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden Dato Sri Abdullah Ahmad Badwi itu tetap memutuskan bahawa semua Masyuarat Bahagian UMNO yang telah dijadualkan dari 9 Oktober hingga 9 November 2008 terus berjalan seperti yang dirancangkan.
Jelasnya semua calun yang ingin bertanding dalam pemilihan MKT pada Mac 2009 nanti samada dicalunkan dan memiliki jumlah kuota yang mencukupi atau tidak akan ditentukan dalam masyuarat bahagian yang diadakan dalam tempoh sebulan tersebut. Justru tidak dinafikan bahawa Masyuarat UMNO Bahagian yang bakal berlangsung kira-kira 10 hari dari sekarang begitu penting dalam menentukan halatuju perjuangan serta kepimpinan UMNO masa kini dan masa depan.
Umum sedia maklum keputusan PRU 12 menunjukkan UMNO bukan lagi menjadi parti popular untuk orang Melayu khasnya gulungan muda Melayu. Malah keputusan PRU 12 juga mendedahkan adanya sebahagian ahli UMNO yang menolak calun UMNO dan BN sebaliknya memilih pembangkang.
Justru dalam Mesyuarat Bahagian inilah kita memperbetulkan segala kesilapan dan kealpaan UMNO. Di sinilah ruang untuk ahli bermuhasabah diri dan membulatkan tekad untuk sama-sama mengembalikan maruah dan kegemilangan UMNO demi memertabatkan agama, bangsa dan negara.
Meminjam kata-kata Dato Sri Khir Toyo kepada semua yang akan ke masyuarat bahagian nanti, 'Kepimpinan UMNO, Pisau dan Timun Di Tangan Kalian', buatlah keputusan yang bijak, tepat dan betul. Tangguhkan dahulu kepentingan peribadi, utamakan kepentingan parti demi rakyaat dan negara tercinta.
Hj Mail - Doaku kepadaNya kembalikan kegemilangan UMNO demi agama Islam, bangsa
Melayu dan negara malaysia.

Saturday, September 27, 2008

Marhaban Idilfitri, Maasalamah Ramadhan Ilalliqa'

Assalamualaikum Wbt,
Hari ini Ahad, 28 September 1428 bersamaan 28 Ramadhan 1429 Hijri, hari ke 28 kiita berpuasa. Tinggal 2 hari sahaja lagi kita berada di dalam bulan penuh barakah ini sebelum tibanya bulan Syawal.
Marilah kita berdoa agar di Ramadhan akan datang, kita terus diberikan kesempatan untuk menyambutnya dengan keazaman yang tinggi untuk lebih bersedia 'meraikannya' dengan melakukan ibadah yang jauh lebih banyak dan jauh lebih tekun dan khusyuk berbanding tahun ini.
Bersempena dengan ketibaan Syawal ini, Minda Hj Mail ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Idilfitri, Maaf Zahir Batin' Minal Idil Wal Faizin kepada sesiapa juga rakan dan sahabat yang melayari laman web ini.
Dengan rendah hati penulis mendoakan agar saudara semua tetap di dalam perlindunganNya di sepanjang musim perayaan ini, merayakan Idilfitri dengan melakukan ziarah dan kunjung mengunjung dengan merapatkan tali silatur rahmi dan saling bermaafan sesama kita.
Semoga di hari baik, bulan baik ini, diharapkan negara kita terus aman, hubungan antara kaum akan terus baik dan lebih kukuh lagi serta ekonomi negara akan kembali pulih, stabil dan bergerak maju.
Hj Mail - 'Selamat Hari Raya Idil Fiteri, Maaf Zahir Dan Batin'

Sunday, September 21, 2008

Penantian yang munkinkah berakhir?

Assalamualaikum wbt & Sealamat Berpuasa,

Hari ini 21 Sepetember 2008 bersemaan 21 Ramadhan 1429. Tinggal 9 hari lagi Idilfitri akan menjelma dan tinggal 18 hari sahaja lagi tarikh Mesyuarat Agung UMNO Bahagian akan bermula.

Dalam tempoh 18 hari inilah ada angin-angin yang mengatakan Dato Sri Abdullah Ahmad Badwi akan mengumumkan persaraannya dari jawatan Perdana Menteri dan seterusnya tidak akan mempertahasnkan jawatan Presiden UMNO Desember ini, saat yang amat dinantikan oleh kebanyakan warga UMNO dan rakyat Malaysia.

Sebenarnya telah begitu lama warga Malaysia mahupun pelabur luar menunggu agar kemelut politik parti pemerintah khasnya UMNO akan tamat dengan berundurnya pemimpin nombor satu itu. Namun apakah penantian itu akan berakhir sedikit masa nanti?

Perkermbangan mutakhir sememangnya jelas menunjukkan Abdullah mula sedar bahawa beliau lebih baik berundur segera secara terhurmat memandangkan desakan begitu kuat di peringkat akar umbi yang mahukan peralihan kuasa dilakukan seawal yang boleh.

Namun, bagi juak-juak Abdullah dan beberapa kerat menteri yang sememangnya bergantung sepenuh hidup dan masa depan politiknya kepada Abdullah Ahmad Badwi akan terus meruntun dan merayu-rayu agar PM itu terus kekal menerajui UMNO dan negara.

Sama-samalah kita berdoa kepadaNya , disaat menunggu kegembiraan menyambut Idilfitri, kita akan dihadiahkan dengan berita yang lebih gembira iaitu pengumuman resmi pengunduran Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Hj Mail, Selamat Hari Raya Idilfitri dan Selamat Besara Abdullah.

Saturday, September 13, 2008

Menilai Kata-kata Pemimpin

Assalamualaikum wbt.
Semenjak Tan Sri Mohyidin Yasin (TSM) menyarankan agar PM Dato Abdullah Ahmad Badwi mengkaji semula tempoh peralihan kuasa Abdullah-Najib iaitu pada Jun 2010 yang dianggap oleh kebanyakan ahli UMNO terlalu lama, dan seeloknya dipercepatkan, kita dapati pelbagai riaksi pro dan kontra terhadap seranan tersebut.
Mendahuluinya ialah Dato Abdullah sendiri yang kononnya terkejut dengan kenyataan TSM itu. Menteri kehakiman De Fekto Zaid Ibrahim pula bukan saja menyanggah saranan tersebut, malah mahukan Mohyidin dipecat.
Satu yang lebih menarik ialah Dato Sri Najib sendiri mahu agar soal peralihan kuasa diserahkan kepada ahli dalam mesyuarat Bahagia, dan disokong oleh Ali Rustam, Hishamuddin, Rais Yatim dan beberapa orang lagi termasuk Rafidah Aziz.
Di Pihak Abdullah, tidak kurang juga yang bermati-matian cuba mempertahankan kewajaran tempoh peralihan tersebut antaranya Tan Sri Mohd Mad Taib, Dato Mohd Hassan (MB Negri Sembilan) Azalina Osman, dan Dato Mahthir Khalid.
Untuk tempoh beberapa hari ini, kita akan terus dilontarkan pendapat pemimpin lain samada pro mahu pun kontra kepada Abdullah mahupun Najib-Mohyidin.
Sama-samalah kita menilai pandangan mereka itu samada ianya dikeluarkan dengan jujur dan ikhlas demi memperbaiki maruah UMNO yang tercalar selepas PRU 12, atau sebagai usaha menonjolkan diri agar dapat dilihat oleh pemimpin atasan atau cuba mempopularkan diri agar dipilih oleh ahli dalan perhimpinan Desember nanti.
Sama-samalah kita menilai kata-kata mereka.

Sunday, September 7, 2008

Perjuangan Survival Politik UMNO

Assalamualaikum, bertemu lagi dalam 'cetusan minda hj Mail' yang terus memperkatakan soal politik orang Melayu khasnya UMNO.

Hari ini 7 September 2008, bersamaan 7 Ramadhan 1429 Hijri, telah satu minggu kita berpuasa. Tiga minggu lagi Idilfitri akan menjelma dan 9 atau 10 hari kemudian (9 Oktober 2008) akan bermulalah Mesyuarat Agung Bahagian UMNO seluruh negara, saat yang pastinya dinantikan oleh bukan saja para perwakilan, tetapi juga ahli dan bukan ahli UMNO dan rakyaat Malaysia umumnya.

Sebelum meraikan Idilfitri dan sebelum juga berkira-kira untuk ke Mesyuarat Bahagian masing-masing, cuba renungkan akan beberapa soalan di bawah ini.

Pertama, benarkah 'Ketuanan Melayu' di bumi Tanah Melayu merdeka ini sudah terhakis dan Melayu tidak lagi dipandang oleh kaum-kaum lain di negara ini?
Kedua, Benarkah orang Melayu tidak lagi mementingkan 'bangsa Melayunya' dan tidak lagi mahu mempertahankannya malah sanggup pula memperjuangkan 'bangsa Malaysia' dimana semua kaum mendapat hak yang sama dan kuasa yang sama?
Ketiga, adakah kita bersetuju dengan pemimpin kita yang terlalu 'apolegetik' kepada kaum lain sehingga tidak lagi mampu memperjuangkan nasib orang Melayu malah membiarkan ianya diperlekeh oleh kaum lain?
Dan keempat, benarkah UMNO sudah tidak relevan lagi untuk orang Melayu dan tidak lagi sesuai menjadi peneraju dan teras pemerintahan Malaysia?

Semua soalan ini misti dicari jawapanya dan juga penyelesaiannya dalam semua masyuarat UMNO bahagian nanti. Kepada semua perwakilan sedarlah dan ketepikan dulu kepentingan peribadi dan kumpulan masing-masing. Terimalah bahawa UMNO kini begitu rapuh, berpecah belah, dan UMNO tidak lagi dapat diterima oleh majoriti orang Melayu.
Adalah diharapkan Mesyuarat UMNO Bahagian nanti dapat dijadikan ruang untuk menilai wajah dan semangat perjuangan UMNO hari ini, dan jika perlukan perubahan, BERUBAHLAH.
Marilah kita kembalikan maruah UMNO, marilah kita cari pemimin yang mampu meningkatkan martabat UMNO, pemimpin yang dapat diterima oleh ahli UMNO dan orang Melayu dan rakyaat Malaysia amnya. Marilah kita 'menjenamakan' semula UMNO, agar parti keramat orang Melayu itu segagah ianya ditubuhkan 62 tahun lalu. Inilah masanya kita memulihkan nama UMNO yang telah terlalu kusam.

Nasihat penulis - fikir-fikirkanlah. Ingatlah tempoh sebulan ini (9 Okt- 9 Nov) adalah waktu paling baik dan penting untuk dilakukan apapun perubahan ke arah memulihkan UMNO. Sebarang kesilapan dalam membuat keputusan oleh para perwakilan semua, kesannya akan ditanggung oleh orang Melayu dan UMNO di negara ini bukan untuk tempoh 10 - 20 tahun sahaja tetapi munkin untuk selama-lamanya. Naauzubillah