Assalamualaikum Wbt.
Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) UMNO ditunda ke Mac 2009 yang sekali gus menangguhkan proses pemilihan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang baru. Begitulah keputusan Masyuarat tergempar MKT pada pagi Jumaat 26 September 2008 yang lalu.
Namun masyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden Dato Sri Abdullah Ahmad Badwi itu tetap memutuskan bahawa semua Masyuarat Bahagian UMNO yang telah dijadualkan dari 9 Oktober hingga 9 November 2008 terus berjalan seperti yang dirancangkan.
Jelasnya semua calun yang ingin bertanding dalam pemilihan MKT pada Mac 2009 nanti samada dicalunkan dan memiliki jumlah kuota yang mencukupi atau tidak akan ditentukan dalam masyuarat bahagian yang diadakan dalam tempoh sebulan tersebut. Justru tidak dinafikan bahawa Masyuarat UMNO Bahagian yang bakal berlangsung kira-kira 10 hari dari sekarang begitu penting dalam menentukan halatuju perjuangan serta kepimpinan UMNO masa kini dan masa depan.
Umum sedia maklum keputusan PRU 12 menunjukkan UMNO bukan lagi menjadi parti popular untuk orang Melayu khasnya gulungan muda Melayu. Malah keputusan PRU 12 juga mendedahkan adanya sebahagian ahli UMNO yang menolak calun UMNO dan BN sebaliknya memilih pembangkang.
Justru dalam Mesyuarat Bahagian inilah kita memperbetulkan segala kesilapan dan kealpaan UMNO. Di sinilah ruang untuk ahli bermuhasabah diri dan membulatkan tekad untuk sama-sama mengembalikan maruah dan kegemilangan UMNO demi memertabatkan agama, bangsa dan negara.
Meminjam kata-kata Dato Sri Khir Toyo kepada semua yang akan ke masyuarat bahagian nanti, 'Kepimpinan UMNO, Pisau dan Timun Di Tangan Kalian', buatlah keputusan yang bijak, tepat dan betul. Tangguhkan dahulu kepentingan peribadi, utamakan kepentingan parti demi rakyaat dan negara tercinta.
Hj Mail - Doaku kepadaNya kembalikan kegemilangan UMNO demi agama Islam, bangsa
Melayu dan negara malaysia.
Sunday, September 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment