Sunday, September 7, 2008

Perjuangan Survival Politik UMNO

Assalamualaikum, bertemu lagi dalam 'cetusan minda hj Mail' yang terus memperkatakan soal politik orang Melayu khasnya UMNO.

Hari ini 7 September 2008, bersamaan 7 Ramadhan 1429 Hijri, telah satu minggu kita berpuasa. Tiga minggu lagi Idilfitri akan menjelma dan 9 atau 10 hari kemudian (9 Oktober 2008) akan bermulalah Mesyuarat Agung Bahagian UMNO seluruh negara, saat yang pastinya dinantikan oleh bukan saja para perwakilan, tetapi juga ahli dan bukan ahli UMNO dan rakyaat Malaysia umumnya.

Sebelum meraikan Idilfitri dan sebelum juga berkira-kira untuk ke Mesyuarat Bahagian masing-masing, cuba renungkan akan beberapa soalan di bawah ini.

Pertama, benarkah 'Ketuanan Melayu' di bumi Tanah Melayu merdeka ini sudah terhakis dan Melayu tidak lagi dipandang oleh kaum-kaum lain di negara ini?
Kedua, Benarkah orang Melayu tidak lagi mementingkan 'bangsa Melayunya' dan tidak lagi mahu mempertahankannya malah sanggup pula memperjuangkan 'bangsa Malaysia' dimana semua kaum mendapat hak yang sama dan kuasa yang sama?
Ketiga, adakah kita bersetuju dengan pemimpin kita yang terlalu 'apolegetik' kepada kaum lain sehingga tidak lagi mampu memperjuangkan nasib orang Melayu malah membiarkan ianya diperlekeh oleh kaum lain?
Dan keempat, benarkah UMNO sudah tidak relevan lagi untuk orang Melayu dan tidak lagi sesuai menjadi peneraju dan teras pemerintahan Malaysia?

Semua soalan ini misti dicari jawapanya dan juga penyelesaiannya dalam semua masyuarat UMNO bahagian nanti. Kepada semua perwakilan sedarlah dan ketepikan dulu kepentingan peribadi dan kumpulan masing-masing. Terimalah bahawa UMNO kini begitu rapuh, berpecah belah, dan UMNO tidak lagi dapat diterima oleh majoriti orang Melayu.
Adalah diharapkan Mesyuarat UMNO Bahagian nanti dapat dijadikan ruang untuk menilai wajah dan semangat perjuangan UMNO hari ini, dan jika perlukan perubahan, BERUBAHLAH.
Marilah kita kembalikan maruah UMNO, marilah kita cari pemimin yang mampu meningkatkan martabat UMNO, pemimpin yang dapat diterima oleh ahli UMNO dan orang Melayu dan rakyaat Malaysia amnya. Marilah kita 'menjenamakan' semula UMNO, agar parti keramat orang Melayu itu segagah ianya ditubuhkan 62 tahun lalu. Inilah masanya kita memulihkan nama UMNO yang telah terlalu kusam.

Nasihat penulis - fikir-fikirkanlah. Ingatlah tempoh sebulan ini (9 Okt- 9 Nov) adalah waktu paling baik dan penting untuk dilakukan apapun perubahan ke arah memulihkan UMNO. Sebarang kesilapan dalam membuat keputusan oleh para perwakilan semua, kesannya akan ditanggung oleh orang Melayu dan UMNO di negara ini bukan untuk tempoh 10 - 20 tahun sahaja tetapi munkin untuk selama-lamanya. Naauzubillah

No comments: