Saturday, August 30, 2008

Marhaban Ramadhan, Dirgahayu Malaysia Merdeka

Hari ini, Ahad 31 Ogos 2008, hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke 51, hari kebangsaan resmi sebuah negara merdeka bernama Malaysia. Dirgahayu Malaysia.
Esok, munkin kita akan mula berpuasa Ramadhan 1409 Hijri, bulan barakah, bulan ibadah, bulan kita menahan hawa nafsu, dan bulan yang mengajar kita erti kesusahan dan kelaparan. Justru, dalam bulan yang mulia ini, sewajarnya kita bermuhasabah diri dan menghisab diri kita atas apa jua ketelanjuran kita khasnya kepada Al Haliq iaini Allah SWT, mahupun kepada sesama manusia, binatang waima kepada alam semesta.
Ketibaan hari merdeka seolah-olah tidak begitu bererti kepada rakyaat Malaysia, khasnya orang Melayu dan tentunya kepada ahli UMNO seluruhnya. Masakan tidak? Dengan kadar inflasi hari ini melebihi 8.5% (kadar tertinggi dalam tempoh 27 tahun), kelembapan kerajaan dalam merancakkan kegiatan ekonomi, peningkatan kadar pengangguran dan bertambahnya kehilangan pekerjaan amat-amat merunsingkan kita semua. Ini ditambah lagi hilangnya pengaruh UMNO kepada rata-rata orang Melayu di negara ini.
Kerajaan pimpinan Dato Abdullah Ahmad Badawi (DAAB) semacam serba tak kena dalam merencana dan mentadbir negara. Setiap keputusan tidak pernah konsisten malah terlalu 'flip-flop' seolah-olah setiap keputusan dibuat tanpa perancangan yang teliti.
Persolannya, sampai bila keadaan akan berterusan begini? Rakyat Malaysia baik Melayu, China mahupun India sebenarnya sudah mula bosan, semakin tidak yakin dan ada yang dah mula benci kepada pimpinan dan kerajaan DAAB hari ini.
Kepada DAAB dan mereka disekelilingnya, insaflah dan sedarlah bahawa seluruh rakyat Malaysia inginkan perubahan. Jika tidak mampu untuk membawa perubahan, nasihat kami berundurlah segera.
Kepada ahli UMNO yang kemesyuarat Bahagian oktober ini, sekali lagi diingatkan bahawa ditangan kalianlah nasib UMNO ini akan ditentukan. Samada UMNO mampu bangkit semula atau UMNO akan BERKUBUR tampa ninsan, kalianlah yang menentukan. Fikir dan renung-renunglah.

Ps - Hari ini 22 tahun yang lalu, penulis disandingkan di atas pelamin dengan isteri tercinta dan yang indahnya, kami telah ditepung tawar oleh Tan Sri Mohiden Yasin sewaktu itu Menteri Besar Johor. Kenangan yang tak munkin kami lupakan

No comments: