Friday, August 15, 2008

Keputusan Mesyuarat UMNO Cawangan, Adakah Mencerminkan Hasrat Akar Umbi?

Persidangan cawangan UMNO seluruh negara bakal berakhir pada 24 Ogos 2008. Setakat ini hanya 109 buah cawangan sahaja dari sejumlah 20,401 buah cawangan yang berani mengusulkan kepada Bahagian masing-masing agar menyanggah kepimpinan Dato Sri Abdullah Ahmad Badawi. (Lapuran Blogs bekas YB Ron 'Kuda Kepang' pada 15 Ogos 2008). Jelasnya berdasar kepada laporan tersebut, jika dianalisa maka tidak sampai pun 1 % (Satu Peratus) cawangan2 UMNO yang menolak kepimpinan DSAAB.

Maka itu, kita jangan pula terperanjat apabila Dato Sri Abdullah Ahmad Badawi akan membuat kenyataan bahawa beliau sememangnya diterima oleh majoriti ahli akar umbi dan sebahagian besar ahli UMNO berdiri teguh di belakangnya.

Jangan juga kita terperanjat jika DSAAB akan mengatakan bahawa golongan yang mahukan beliau berundur itu adalah golongan 'desperate' dalam UMNO yang jumlahnya amat kecil. Mereka inilah golongan yang mahu UMNO berpecah, mereka inilah yang mempunyai agenda tersendiri dan mereka inilah pengkhianat UMNO dan pengkhianat bangsa Melayu.

Adakah kita ahli UMNO bersetuju dengan kenyataan yang bakal DSAAB perkatakan itu nanti?
Benar seperti kata bekas YB Ron, kita tunggu Mesyuarat UMNO Bahagian yang bakal bersidang mulai 9 Oktober nanti.

Kepada ahli UMNO cawangan yang akan ke Mesyuarat Bahagian, inilah masanya kalian tunjukkan hasrat sebenar ahli akar umbi. Buatlah keputusan yang akan memberikan kebaikan kepada parti UMNO, bangsa Melayu dan Negara Malaysia.

Hj Mail - Meminjam kata-kata bekas YB Ron, 'UMNO kini dilanda pelbagai masaalah baik kepimpinannya mahu pun politik wang yang berleluasa'. Justru kepada mereka yang bakal bersidang nanti, fiki-fikirkan lah.

No comments: