Semalam 26 Ogos 2008 adalah hari mengundi pilihan raya kecil P44 Permatang Pauh. Pulau Pinang, negeri yang Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dipimpin oleh Dato Sri Abdullah Ahmad Badwi (DSAAB).
Semalam juga diumumkan keputusan PRK tersebut yang memberikan kemenangan besar kepada Dato Sri Anuar Ibrahim, calun Parti Keadilan Rakyaat, menewaskan calun UMNO dengan majoriti yang jauh lebih besar dari keputusan PRU ke 12.
Semalam juga menyaksikan bahawa tsunami politik yang melanda UMNO sejak PRU ke 12, 8 Mac lalu masih belum reda, atau entah bila akan reda, atau munkinkah tidak akan reda?Dalam keadaan yang penuh hiba, hati saya kini bertanya, apa masih 'relevant'kah parti bernama UMNO ini di bumi Malaysia ini?
Apakah setelah 62 tahun ditubuhkan (sejak 11 Mei 1946) parti keramat ini tidak lagi berada di hati orang berbangsa Melayu di Tanah Melayu bertuah ini?
Keputusan PRK Permatang Pauh jelas menggambarkan penolakan 'total' orang Melayu kepada UMNO. Menurut analisa bekas YB Ron dalam blogsnya 'Kuda Kepang", antara punca kekalahan teruk calun UMNO dalam PRK tersebut adalah disebabkkan ahli UMNO sendiri tidak mengundi calun UMNO.
Persoalannya, kenapa ini berlaku? Adakah kita sebagai ahli UMNO rela hal sebegini terus berlaku dan berlaku hingga akhirnya UMNO akan hanya tinggal dalam lipatan sejarah? Keagungan UMNO akan hanya menjadi kenangan dan bacaan catatan sejarah sebagaimana agungnya Kesultanan Melaka suatu masa dulu?
Mesyuarat UMNO Bahagian yang bakal bermula 9 Oktober nanti adalah medan terbaik untuk kita ahli UMNO memperkatakan nasib dan masa depan UMNO. Inilah ruang yang paling sesuai untuk kita menilai segala kesilapan, kelalaian, kelemahan dan kealpaan kita menjalankan amanah kepada rakyaat. Yang paling penting akauilah kesilapan dan kealpaan kita itu dengan hati yang terbuka dan ikhlas, khasnya para pemimpin tertinggi kita. Janganlah terus dengan sikap menapikan hakikat, memekakkan telinga dan membutakan mata, dan hanya menyalahkan orang lain.
Kepada mereka yang akan ke Mesyuarat Agung Bahagian-Bahagian nanti, tuan/puan perlu ingat bahawa menjadi tanggung jawab tuan/puan untuk memastikan nasib UMNO akan terpelihara, maruah UMNO akan terbela dan UMNO berada semula di hati-hati ahlinya, orang Melayu dan rakyaat Malaysia seluruhnya. Hidup UMNO.
Hj Mail - Ya Allah, peliharalah parti kesayanganku UMNO.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment