Selamat bertemu kembali,
Hari ini Jumaat, 8 Ogos 2008. Tinggal kurang lebih dua minggu saja lagi mesyuarat-mesyuarat agung cawangan UMNO seluruh negara melabuhkan tirainya. Itu pun jika tidak ada pindaan atau penundaan tarikh mesyuarat khasnya di Pulau Pinang akibat dari "Permatang Pauh Buy Election"
Banyak keputusan mesyuarat sememangnya sudah dijangkakan, namun ada juga keputusan yang di luar dugaan. Akan tetapi apa yang amat membimbangkan ialah adanya mesyuarat yang dijalankan itu menyalahi perlembagaan, seperti mesyuarat tak cukup korum, mereka yang hadir ada yang ahli baru yang belum atau tidak membayar yuran, malah yang lebih menjelikkan berlakunya politik wang dan rasuah politik yang berleluasa.
Nmun, kita tinggalkan dulu soal UMNO dengan 'masaalahnya' itu. Mari kita renggangkan sejenak minda kita. Hari ini Hj Mail nak kongsi satu perasaan iaitu 'tersentuh' hasil pengalaman Hj Mail sendiri. Hj Mail ni OKU, kedua belah kaki telah dipotong di bawah lutut akibat penyakit kencing manis yang lama. Justru Hj Mail hanya mampu bersolat secara duduk baik di rumah atau pun di masjid.
Untuk bersolat Jumaat di Masjid Tmn Rinting, tempat Hj Mail tinggal, isteri Hj Mail akan menghantar, memimpin ke tempat solat disamping mencarikan kerusi untuk Hj Mail. Setelah memastikan suaminya dapat duduk dengan baik, barulah isteri yang sabar dan taat itu meninggalkan masjid.
Rupa-rupanya perlakuan si suami dengan isterinya setiap Jumaat itu dilihat oleh seorang kanak-kanak yng sering datang awal bersama bapanya ke Masjid. Dan pada satu hari solat Jumaat, didapati telah tersedia sebuah kerusi di tenpat Hj Mail selalu duduk dalam masjid tersebut. Apa bila ditanya siapa yang meletaknya, kanak-kanak itu mengaku dia yang meletaknya. Semenjak itu, isteri Hj mail tak perlu lagi mencarikan kerusi untuk suaminya.
Walau pun Hj Mail punya anak sendiri namun kini terpaksa tinggal berdua dengan isterinya kerana semua anaknya kini berlajar di IPT. Syukurlah ada juga insan lain yang prihatin dengan kesusahan Hj Mail suami isteri itu walau pun ianya hanyalah kanak-kanak yang baru berumur 15 tahun.
Kepada kanak-kanak yang bernama 'Fahmi'; Pak Aji ucapkan berbanyak terima kasih.Hati Pak Aji cukup tersentuh dengan kebaikan mu nak!.
Hj Mail - isteri Hj Mail terpaksa juga mencarikan kerusi untuk suaminya, pada satu Jumaat, kerana kanak-kanak yang bernama 'Fahmi' tidak kelihatan pada hari itu.
Friday, August 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment