Sunday, September 28, 2008

Peri Pentingnya Masyuarat UMNO Bahagian

Assalamualaikum Wbt.
Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) UMNO ditunda ke Mac 2009 yang sekali gus menangguhkan proses pemilihan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang baru. Begitulah keputusan Masyuarat tergempar MKT pada pagi Jumaat 26 September 2008 yang lalu.
Namun masyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden Dato Sri Abdullah Ahmad Badwi itu tetap memutuskan bahawa semua Masyuarat Bahagian UMNO yang telah dijadualkan dari 9 Oktober hingga 9 November 2008 terus berjalan seperti yang dirancangkan.
Jelasnya semua calun yang ingin bertanding dalam pemilihan MKT pada Mac 2009 nanti samada dicalunkan dan memiliki jumlah kuota yang mencukupi atau tidak akan ditentukan dalam masyuarat bahagian yang diadakan dalam tempoh sebulan tersebut. Justru tidak dinafikan bahawa Masyuarat UMNO Bahagian yang bakal berlangsung kira-kira 10 hari dari sekarang begitu penting dalam menentukan halatuju perjuangan serta kepimpinan UMNO masa kini dan masa depan.
Umum sedia maklum keputusan PRU 12 menunjukkan UMNO bukan lagi menjadi parti popular untuk orang Melayu khasnya gulungan muda Melayu. Malah keputusan PRU 12 juga mendedahkan adanya sebahagian ahli UMNO yang menolak calun UMNO dan BN sebaliknya memilih pembangkang.
Justru dalam Mesyuarat Bahagian inilah kita memperbetulkan segala kesilapan dan kealpaan UMNO. Di sinilah ruang untuk ahli bermuhasabah diri dan membulatkan tekad untuk sama-sama mengembalikan maruah dan kegemilangan UMNO demi memertabatkan agama, bangsa dan negara.
Meminjam kata-kata Dato Sri Khir Toyo kepada semua yang akan ke masyuarat bahagian nanti, 'Kepimpinan UMNO, Pisau dan Timun Di Tangan Kalian', buatlah keputusan yang bijak, tepat dan betul. Tangguhkan dahulu kepentingan peribadi, utamakan kepentingan parti demi rakyaat dan negara tercinta.
Hj Mail - Doaku kepadaNya kembalikan kegemilangan UMNO demi agama Islam, bangsa
Melayu dan negara malaysia.

Saturday, September 27, 2008

Marhaban Idilfitri, Maasalamah Ramadhan Ilalliqa'

Assalamualaikum Wbt,
Hari ini Ahad, 28 September 1428 bersamaan 28 Ramadhan 1429 Hijri, hari ke 28 kiita berpuasa. Tinggal 2 hari sahaja lagi kita berada di dalam bulan penuh barakah ini sebelum tibanya bulan Syawal.
Marilah kita berdoa agar di Ramadhan akan datang, kita terus diberikan kesempatan untuk menyambutnya dengan keazaman yang tinggi untuk lebih bersedia 'meraikannya' dengan melakukan ibadah yang jauh lebih banyak dan jauh lebih tekun dan khusyuk berbanding tahun ini.
Bersempena dengan ketibaan Syawal ini, Minda Hj Mail ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Idilfitri, Maaf Zahir Batin' Minal Idil Wal Faizin kepada sesiapa juga rakan dan sahabat yang melayari laman web ini.
Dengan rendah hati penulis mendoakan agar saudara semua tetap di dalam perlindunganNya di sepanjang musim perayaan ini, merayakan Idilfitri dengan melakukan ziarah dan kunjung mengunjung dengan merapatkan tali silatur rahmi dan saling bermaafan sesama kita.
Semoga di hari baik, bulan baik ini, diharapkan negara kita terus aman, hubungan antara kaum akan terus baik dan lebih kukuh lagi serta ekonomi negara akan kembali pulih, stabil dan bergerak maju.
Hj Mail - 'Selamat Hari Raya Idil Fiteri, Maaf Zahir Dan Batin'

Sunday, September 21, 2008

Penantian yang munkinkah berakhir?

Assalamualaikum wbt & Sealamat Berpuasa,

Hari ini 21 Sepetember 2008 bersemaan 21 Ramadhan 1429. Tinggal 9 hari lagi Idilfitri akan menjelma dan tinggal 18 hari sahaja lagi tarikh Mesyuarat Agung UMNO Bahagian akan bermula.

Dalam tempoh 18 hari inilah ada angin-angin yang mengatakan Dato Sri Abdullah Ahmad Badwi akan mengumumkan persaraannya dari jawatan Perdana Menteri dan seterusnya tidak akan mempertahasnkan jawatan Presiden UMNO Desember ini, saat yang amat dinantikan oleh kebanyakan warga UMNO dan rakyat Malaysia.

Sebenarnya telah begitu lama warga Malaysia mahupun pelabur luar menunggu agar kemelut politik parti pemerintah khasnya UMNO akan tamat dengan berundurnya pemimpin nombor satu itu. Namun apakah penantian itu akan berakhir sedikit masa nanti?

Perkermbangan mutakhir sememangnya jelas menunjukkan Abdullah mula sedar bahawa beliau lebih baik berundur segera secara terhurmat memandangkan desakan begitu kuat di peringkat akar umbi yang mahukan peralihan kuasa dilakukan seawal yang boleh.

Namun, bagi juak-juak Abdullah dan beberapa kerat menteri yang sememangnya bergantung sepenuh hidup dan masa depan politiknya kepada Abdullah Ahmad Badwi akan terus meruntun dan merayu-rayu agar PM itu terus kekal menerajui UMNO dan negara.

Sama-samalah kita berdoa kepadaNya , disaat menunggu kegembiraan menyambut Idilfitri, kita akan dihadiahkan dengan berita yang lebih gembira iaitu pengumuman resmi pengunduran Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Hj Mail, Selamat Hari Raya Idilfitri dan Selamat Besara Abdullah.

Saturday, September 13, 2008

Menilai Kata-kata Pemimpin

Assalamualaikum wbt.
Semenjak Tan Sri Mohyidin Yasin (TSM) menyarankan agar PM Dato Abdullah Ahmad Badwi mengkaji semula tempoh peralihan kuasa Abdullah-Najib iaitu pada Jun 2010 yang dianggap oleh kebanyakan ahli UMNO terlalu lama, dan seeloknya dipercepatkan, kita dapati pelbagai riaksi pro dan kontra terhadap seranan tersebut.
Mendahuluinya ialah Dato Abdullah sendiri yang kononnya terkejut dengan kenyataan TSM itu. Menteri kehakiman De Fekto Zaid Ibrahim pula bukan saja menyanggah saranan tersebut, malah mahukan Mohyidin dipecat.
Satu yang lebih menarik ialah Dato Sri Najib sendiri mahu agar soal peralihan kuasa diserahkan kepada ahli dalam mesyuarat Bahagia, dan disokong oleh Ali Rustam, Hishamuddin, Rais Yatim dan beberapa orang lagi termasuk Rafidah Aziz.
Di Pihak Abdullah, tidak kurang juga yang bermati-matian cuba mempertahankan kewajaran tempoh peralihan tersebut antaranya Tan Sri Mohd Mad Taib, Dato Mohd Hassan (MB Negri Sembilan) Azalina Osman, dan Dato Mahthir Khalid.
Untuk tempoh beberapa hari ini, kita akan terus dilontarkan pendapat pemimpin lain samada pro mahu pun kontra kepada Abdullah mahupun Najib-Mohyidin.
Sama-samalah kita menilai pandangan mereka itu samada ianya dikeluarkan dengan jujur dan ikhlas demi memperbaiki maruah UMNO yang tercalar selepas PRU 12, atau sebagai usaha menonjolkan diri agar dapat dilihat oleh pemimpin atasan atau cuba mempopularkan diri agar dipilih oleh ahli dalan perhimpinan Desember nanti.
Sama-samalah kita menilai kata-kata mereka.

Sunday, September 7, 2008

Perjuangan Survival Politik UMNO

Assalamualaikum, bertemu lagi dalam 'cetusan minda hj Mail' yang terus memperkatakan soal politik orang Melayu khasnya UMNO.

Hari ini 7 September 2008, bersamaan 7 Ramadhan 1429 Hijri, telah satu minggu kita berpuasa. Tiga minggu lagi Idilfitri akan menjelma dan 9 atau 10 hari kemudian (9 Oktober 2008) akan bermulalah Mesyuarat Agung Bahagian UMNO seluruh negara, saat yang pastinya dinantikan oleh bukan saja para perwakilan, tetapi juga ahli dan bukan ahli UMNO dan rakyaat Malaysia umumnya.

Sebelum meraikan Idilfitri dan sebelum juga berkira-kira untuk ke Mesyuarat Bahagian masing-masing, cuba renungkan akan beberapa soalan di bawah ini.

Pertama, benarkah 'Ketuanan Melayu' di bumi Tanah Melayu merdeka ini sudah terhakis dan Melayu tidak lagi dipandang oleh kaum-kaum lain di negara ini?
Kedua, Benarkah orang Melayu tidak lagi mementingkan 'bangsa Melayunya' dan tidak lagi mahu mempertahankannya malah sanggup pula memperjuangkan 'bangsa Malaysia' dimana semua kaum mendapat hak yang sama dan kuasa yang sama?
Ketiga, adakah kita bersetuju dengan pemimpin kita yang terlalu 'apolegetik' kepada kaum lain sehingga tidak lagi mampu memperjuangkan nasib orang Melayu malah membiarkan ianya diperlekeh oleh kaum lain?
Dan keempat, benarkah UMNO sudah tidak relevan lagi untuk orang Melayu dan tidak lagi sesuai menjadi peneraju dan teras pemerintahan Malaysia?

Semua soalan ini misti dicari jawapanya dan juga penyelesaiannya dalam semua masyuarat UMNO bahagian nanti. Kepada semua perwakilan sedarlah dan ketepikan dulu kepentingan peribadi dan kumpulan masing-masing. Terimalah bahawa UMNO kini begitu rapuh, berpecah belah, dan UMNO tidak lagi dapat diterima oleh majoriti orang Melayu.
Adalah diharapkan Mesyuarat UMNO Bahagian nanti dapat dijadikan ruang untuk menilai wajah dan semangat perjuangan UMNO hari ini, dan jika perlukan perubahan, BERUBAHLAH.
Marilah kita kembalikan maruah UMNO, marilah kita cari pemimin yang mampu meningkatkan martabat UMNO, pemimpin yang dapat diterima oleh ahli UMNO dan orang Melayu dan rakyaat Malaysia amnya. Marilah kita 'menjenamakan' semula UMNO, agar parti keramat orang Melayu itu segagah ianya ditubuhkan 62 tahun lalu. Inilah masanya kita memulihkan nama UMNO yang telah terlalu kusam.

Nasihat penulis - fikir-fikirkanlah. Ingatlah tempoh sebulan ini (9 Okt- 9 Nov) adalah waktu paling baik dan penting untuk dilakukan apapun perubahan ke arah memulihkan UMNO. Sebarang kesilapan dalam membuat keputusan oleh para perwakilan semua, kesannya akan ditanggung oleh orang Melayu dan UMNO di negara ini bukan untuk tempoh 10 - 20 tahun sahaja tetapi munkin untuk selama-lamanya. Naauzubillah

Saturday, August 30, 2008

Marhaban Ramadhan, Dirgahayu Malaysia Merdeka

Hari ini, Ahad 31 Ogos 2008, hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke 51, hari kebangsaan resmi sebuah negara merdeka bernama Malaysia. Dirgahayu Malaysia.
Esok, munkin kita akan mula berpuasa Ramadhan 1409 Hijri, bulan barakah, bulan ibadah, bulan kita menahan hawa nafsu, dan bulan yang mengajar kita erti kesusahan dan kelaparan. Justru, dalam bulan yang mulia ini, sewajarnya kita bermuhasabah diri dan menghisab diri kita atas apa jua ketelanjuran kita khasnya kepada Al Haliq iaini Allah SWT, mahupun kepada sesama manusia, binatang waima kepada alam semesta.
Ketibaan hari merdeka seolah-olah tidak begitu bererti kepada rakyaat Malaysia, khasnya orang Melayu dan tentunya kepada ahli UMNO seluruhnya. Masakan tidak? Dengan kadar inflasi hari ini melebihi 8.5% (kadar tertinggi dalam tempoh 27 tahun), kelembapan kerajaan dalam merancakkan kegiatan ekonomi, peningkatan kadar pengangguran dan bertambahnya kehilangan pekerjaan amat-amat merunsingkan kita semua. Ini ditambah lagi hilangnya pengaruh UMNO kepada rata-rata orang Melayu di negara ini.
Kerajaan pimpinan Dato Abdullah Ahmad Badawi (DAAB) semacam serba tak kena dalam merencana dan mentadbir negara. Setiap keputusan tidak pernah konsisten malah terlalu 'flip-flop' seolah-olah setiap keputusan dibuat tanpa perancangan yang teliti.
Persolannya, sampai bila keadaan akan berterusan begini? Rakyat Malaysia baik Melayu, China mahupun India sebenarnya sudah mula bosan, semakin tidak yakin dan ada yang dah mula benci kepada pimpinan dan kerajaan DAAB hari ini.
Kepada DAAB dan mereka disekelilingnya, insaflah dan sedarlah bahawa seluruh rakyat Malaysia inginkan perubahan. Jika tidak mampu untuk membawa perubahan, nasihat kami berundurlah segera.
Kepada ahli UMNO yang kemesyuarat Bahagian oktober ini, sekali lagi diingatkan bahawa ditangan kalianlah nasib UMNO ini akan ditentukan. Samada UMNO mampu bangkit semula atau UMNO akan BERKUBUR tampa ninsan, kalianlah yang menentukan. Fikir dan renung-renunglah.

Ps - Hari ini 22 tahun yang lalu, penulis disandingkan di atas pelamin dengan isteri tercinta dan yang indahnya, kami telah ditepung tawar oleh Tan Sri Mohiden Yasin sewaktu itu Menteri Besar Johor. Kenangan yang tak munkin kami lupakan

Wednesday, August 27, 2008

Masih 'relevant'kah UMNO kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia?

Semalam 26 Ogos 2008 adalah hari mengundi pilihan raya kecil P44 Permatang Pauh. Pulau Pinang, negeri yang Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dipimpin oleh Dato Sri Abdullah Ahmad Badwi (DSAAB).
Semalam juga diumumkan keputusan PRK tersebut yang memberikan kemenangan besar kepada Dato Sri Anuar Ibrahim, calun Parti Keadilan Rakyaat, menewaskan calun UMNO dengan majoriti yang jauh lebih besar dari keputusan PRU ke 12.
Semalam juga menyaksikan bahawa tsunami politik yang melanda UMNO sejak PRU ke 12, 8 Mac lalu masih belum reda, atau entah bila akan reda, atau munkinkah tidak akan reda?Dalam keadaan yang penuh hiba, hati saya kini bertanya, apa masih 'relevant'kah parti bernama UMNO ini di bumi Malaysia ini?
Apakah setelah 62 tahun ditubuhkan (sejak 11 Mei 1946) parti keramat ini tidak lagi berada di hati orang berbangsa Melayu di Tanah Melayu bertuah ini?
Keputusan PRK Permatang Pauh jelas menggambarkan penolakan 'total' orang Melayu kepada UMNO. Menurut analisa bekas YB Ron dalam blogsnya 'Kuda Kepang", antara punca kekalahan teruk calun UMNO dalam PRK tersebut adalah disebabkkan ahli UMNO sendiri tidak mengundi calun UMNO.
Persoalannya, kenapa ini berlaku? Adakah kita sebagai ahli UMNO rela hal sebegini terus berlaku dan berlaku hingga akhirnya UMNO akan hanya tinggal dalam lipatan sejarah? Keagungan UMNO akan hanya menjadi kenangan dan bacaan catatan sejarah sebagaimana agungnya Kesultanan Melaka suatu masa dulu?
Mesyuarat UMNO Bahagian yang bakal bermula 9 Oktober nanti adalah medan terbaik untuk kita ahli UMNO memperkatakan nasib dan masa depan UMNO. Inilah ruang yang paling sesuai untuk kita menilai segala kesilapan, kelalaian, kelemahan dan kealpaan kita menjalankan amanah kepada rakyaat. Yang paling penting akauilah kesilapan dan kealpaan kita itu dengan hati yang terbuka dan ikhlas, khasnya para pemimpin tertinggi kita. Janganlah terus dengan sikap menapikan hakikat, memekakkan telinga dan membutakan mata, dan hanya menyalahkan orang lain.
Kepada mereka yang akan ke Mesyuarat Agung Bahagian-Bahagian nanti, tuan/puan perlu ingat bahawa menjadi tanggung jawab tuan/puan untuk memastikan nasib UMNO akan terpelihara, maruah UMNO akan terbela dan UMNO berada semula di hati-hati ahlinya, orang Melayu dan rakyaat Malaysia seluruhnya. Hidup UMNO.
Hj Mail - Ya Allah, peliharalah parti kesayanganku UMNO.

Friday, August 15, 2008

Keputusan Mesyuarat UMNO Cawangan, Adakah Mencerminkan Hasrat Akar Umbi?

Persidangan cawangan UMNO seluruh negara bakal berakhir pada 24 Ogos 2008. Setakat ini hanya 109 buah cawangan sahaja dari sejumlah 20,401 buah cawangan yang berani mengusulkan kepada Bahagian masing-masing agar menyanggah kepimpinan Dato Sri Abdullah Ahmad Badawi. (Lapuran Blogs bekas YB Ron 'Kuda Kepang' pada 15 Ogos 2008). Jelasnya berdasar kepada laporan tersebut, jika dianalisa maka tidak sampai pun 1 % (Satu Peratus) cawangan2 UMNO yang menolak kepimpinan DSAAB.

Maka itu, kita jangan pula terperanjat apabila Dato Sri Abdullah Ahmad Badawi akan membuat kenyataan bahawa beliau sememangnya diterima oleh majoriti ahli akar umbi dan sebahagian besar ahli UMNO berdiri teguh di belakangnya.

Jangan juga kita terperanjat jika DSAAB akan mengatakan bahawa golongan yang mahukan beliau berundur itu adalah golongan 'desperate' dalam UMNO yang jumlahnya amat kecil. Mereka inilah golongan yang mahu UMNO berpecah, mereka inilah yang mempunyai agenda tersendiri dan mereka inilah pengkhianat UMNO dan pengkhianat bangsa Melayu.

Adakah kita ahli UMNO bersetuju dengan kenyataan yang bakal DSAAB perkatakan itu nanti?
Benar seperti kata bekas YB Ron, kita tunggu Mesyuarat UMNO Bahagian yang bakal bersidang mulai 9 Oktober nanti.

Kepada ahli UMNO cawangan yang akan ke Mesyuarat Bahagian, inilah masanya kalian tunjukkan hasrat sebenar ahli akar umbi. Buatlah keputusan yang akan memberikan kebaikan kepada parti UMNO, bangsa Melayu dan Negara Malaysia.

Hj Mail - Meminjam kata-kata bekas YB Ron, 'UMNO kini dilanda pelbagai masaalah baik kepimpinannya mahu pun politik wang yang berleluasa'. Justru kepada mereka yang bakal bersidang nanti, fiki-fikirkan lah.

Friday, August 8, 2008

'HATI YANG TERSENTUH'

Selamat bertemu kembali,
Hari ini Jumaat, 8 Ogos 2008. Tinggal kurang lebih dua minggu saja lagi mesyuarat-mesyuarat agung cawangan UMNO seluruh negara melabuhkan tirainya. Itu pun jika tidak ada pindaan atau penundaan tarikh mesyuarat khasnya di Pulau Pinang akibat dari "Permatang Pauh Buy Election"

Banyak keputusan mesyuarat sememangnya sudah dijangkakan, namun ada juga keputusan yang di luar dugaan. Akan tetapi apa yang amat membimbangkan ialah adanya mesyuarat yang dijalankan itu menyalahi perlembagaan, seperti mesyuarat tak cukup korum, mereka yang hadir ada yang ahli baru yang belum atau tidak membayar yuran, malah yang lebih menjelikkan berlakunya politik wang dan rasuah politik yang berleluasa.

Nmun, kita tinggalkan dulu soal UMNO dengan 'masaalahnya' itu. Mari kita renggangkan sejenak minda kita. Hari ini Hj Mail nak kongsi satu perasaan iaitu 'tersentuh' hasil pengalaman Hj Mail sendiri. Hj Mail ni OKU, kedua belah kaki telah dipotong di bawah lutut akibat penyakit kencing manis yang lama. Justru Hj Mail hanya mampu bersolat secara duduk baik di rumah atau pun di masjid.

Untuk bersolat Jumaat di Masjid Tmn Rinting, tempat Hj Mail tinggal, isteri Hj Mail akan menghantar, memimpin ke tempat solat disamping mencarikan kerusi untuk Hj Mail. Setelah memastikan suaminya dapat duduk dengan baik, barulah isteri yang sabar dan taat itu meninggalkan masjid.

Rupa-rupanya perlakuan si suami dengan isterinya setiap Jumaat itu dilihat oleh seorang kanak-kanak yng sering datang awal bersama bapanya ke Masjid. Dan pada satu hari solat Jumaat, didapati telah tersedia sebuah kerusi di tenpat Hj Mail selalu duduk dalam masjid tersebut. Apa bila ditanya siapa yang meletaknya, kanak-kanak itu mengaku dia yang meletaknya. Semenjak itu, isteri Hj mail tak perlu lagi mencarikan kerusi untuk suaminya.

Walau pun Hj Mail punya anak sendiri namun kini terpaksa tinggal berdua dengan isterinya kerana semua anaknya kini berlajar di IPT. Syukurlah ada juga insan lain yang prihatin dengan kesusahan Hj Mail suami isteri itu walau pun ianya hanyalah kanak-kanak yang baru berumur 15 tahun.

Kepada kanak-kanak yang bernama 'Fahmi'; Pak Aji ucapkan berbanyak terima kasih.Hati Pak Aji cukup tersentuh dengan kebaikan mu nak!.

Hj Mail - isteri Hj Mail terpaksa juga mencarikan kerusi untuk suaminya, pada satu Jumaat, kerana kanak-kanak yang bernama 'Fahmi' tidak kelihatan pada hari itu.

Sunday, August 3, 2008

TSM PERTAHAN NAIB PRESIDEN

Hari ini 3 Ogos, Tan Sri Mohyiden Yasin umumkan mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO dalam PAT UMNO Desember ini. W/p ada pihak bertekateki kemunkinan beliau bertanding jawatan yg lebih tinggi, saya sedari awal yakin bahawa TSM tidak akan berbuat demikian.
Sbg ahli UMNO Johor dan org Johor, saya dan ramai lg berharap agar gandingan Najib-Mohyiden terjelma selepas peralihan kuasa Jun 2010 nanti. Namun itu hanya terlaksana jika TSM dapat salah satu kerusi Naib Presiden dan lebih terhurmat dengan undi terbanyak dalam PAT nanti.
Persoalannya, mampukah itu tercapai sedangkan hingga kini tidak kurang 4 calun Johor yang sama bercita-cita kesitu? Dato Syed Hamid, Dato Khalid Nordin, Dato Seri Hisham antaranya dah pun umumkan hasratnya, selain TSM?
W/p UMNO Johor kuat dgn 26 Bahagian, 2013 cawangan dan keahlian berjumlah 446,189 orang, namun jika sampai 4 orang menawarkan diri ditakuti bukan saja semua tak menang, lebih memalukan semuanya tak layak bertanding kerana gagal dapat kuota 10% pencalunan atau 19 Bahagian seluruh nagara.
Kepada semua ahli UMNO Johor, fikirkanlah saranan saya ini. Boleh tak seluruh UMNO Johor berdiri teguh dibelakang TSM kita. Seluruh undi perwakilan Johor yang berjumlah lebih 300 undi itu diberikan kpd Tan Sri Mohyiden dan pastikan beliau mendapat undi terbanyak sebagai satu bentuk permintaan kepada Dato Sri Najib mengambil TSM sebagai gandingannya nanti.
Kepada pemimpin Johor yasng lain, ketepikanlah kepentingan diri, buangkan perasaan cemburu dan hasad dengki demi menaikkan mertabat UMNO Johor.

Hj Mail: Fikir-fikirkanla dan moga diredhai olehNya jua. Amin

Friday, August 1, 2008

Fikir-fikirkanlah

Assalamualaikim Wbt.
Lama jugala Hj Mail tak menulis, hingga ada juuga sms yang bertanya kenapa sepi sahaja. Jawabnya mudah, iaitu kita kena fokus bila nak menulis, lengkapkan segala maklumat dan paling penting apakah tujuan kita menulis. Hari ini 1 Ogos 2008, saya bersedia untuk mencetuskan minda saya. Bacalah dengan hati yang terbuka.

"Jangan perkecilkan pandangan anggota cawangan" Tan Sri Mohyidin Yassin.
Kata-kata itu dikeluarkan TSM dalam satu majlis di Muar pada 31 Julai lalu.

Jika dihayati penuh keinsafan, ia membawa 2 makna yang besar, iaitu
i) Pemimpin tertinggi baik di pusat, bahagian mahupun cawangan hendaknya jangan sekali-kali menghalang ahli cawangan mengemukakan apa-apa cadangan atau usul yang mampu memberikan kebaikan kepada UMNO walau pun usul itu bercanggah dengan cita-cita serta harapan mereka.
ii) Keduanya ialah kepada semua ahli UMNO yang ke Mesyuarat Agung cawangan-cawangan, jangan takut untuk menyatakan pendirian dan buatlah keputusan yang bijak, terutama yang melibatkan pimpinan tertinggi UMNO.
Umum dimomokkan oleh sesetengah pihak bahawa sebarang pertandingan akan memecahbelahkan UMNO. Itu tak betul. Yang betulnya UMNO memang telah retak dan menanti belah. Sebarang usaha menyekat suara akar umbi, akibatnya 'belah' dalam UMNO akan lebih cepat.
Sebagai tambahan, saya paparkan beberapa petikan dari blogs lain untuk renungan.
1. Perhimpunan Agung MUBARAK telah berjaya meluluskan usul agar peralihan kuasa disokong, tetapi mahukan Dato Sri Abdullah berundur sebelim Desember 2008. Namun Pengerusi Mensyarat dengan kuasanya memutuskan usul itu tidak dimasukkan dalam keputusan mesyuarat. Bolehke?
2."Merdeka Research Center" dalam satu kajian terhadap popularitiAAB telah mengeluarkan lapuran bahawa populariti AAB telah menurun kepada hanya 28% berbanding 64% sebelum PRU 12. Ahli UMNO semua macam mana?
3. Sehingga 31 Julai 2008, sebanyak 64 cawangan UMNO telah menolak AAB sebagai Presiden UMNO. Kepada yang belum masyuarat apa pendirian kalian?

Long Mail: Fikirlah sendiri

Sunday, July 27, 2008

Hadkan Kuota pencalunan kepada 30 bahagian sahaja

UMNO cawangan Beringin, Bahagian Pasir Gudang, dalam mesyuarat Agungnya hari ini telah meluluskan satu usul agar MKT mengubah syarat untuk bertanding jawatan Presiden UMNO memadai dengan mencukupkan kuota 30 bahagian saja, bukannya 30% Bahagian UMNO seluruh negara.
Minda Hj Mail amat menyokong usul ini dan meminta MKT membuat perubahan itu dan ianya dibuat sebelum bermulanya Masyuarat Agung Bahagian-Bahagian UMNO seluruh negara. Kepada semua pemimpin tertinggi UMNO diharap jangan takut deengan pindaan ini, malah sedia untuk ditandingi oleh siapa jua jika benar-benar yakin yang kita sebenarnya diterima oleh ahli akar umbi.
Dengan terus memomokkan bahawa pertandingan pucuk pimpinan tertinggi paeti boleh membawa perpecahan, justru itu biar jangan ada pertandingan, natijahnya ditakuti perpecahan lebih besar akan berlaku apabila majoriti ahli akar umbi UMNO akan terus kecewa, bosan dan benci kepada UMNO.
Kepada pimpinan tertinggi parti, insaflah dan kembalilah kepada akar umbi, hormati hak dan suara mereka. Janganlah sekali-kali menapikan hak mereka, malah mengugt dan menekan mereka agar menyokong rancangan dan keputusan kita.
Ingatlah adanya kita di atas adalah kerana adanya mrerka ahli akar umbi yang menyokong kita. Jangan nanti sampai pemimpin tidak lagi ada orang yang nak dipimpin, bagai seorang general kehilangan suldadu dalam satu perperangan. Apa jadinya?
Cetusan Minda Hj Mail: fikir-fikirkanlah

Saturday, July 26, 2008

KeArah Peralihan Kuasa

Umum sudah sedia maklum tentang Proses peralihan kuasa Abdullah-Najib pada Jun 2010. Namun saya merasakan terdapat kekosongan dalam melihat siapaka pengganti tempat Dato Sri Najib bermula Jun 2010 nanti.
Dalam kontek ini, saya rasa amat kecewa dengan Dato Sri Najib yang seolah-olah memandang ringan kedudukan orang nombor 2 setelah beliau mengambil alih pimpinan UMNO.
Dengan memastikan jawatan nombor satu dan dua tidak dicabar atau pun kekal disandang oleh tokoh sedia ada, jawatan Naib Presiden menjada jawatan utama bagi seseorang yang layak untuk dinamakan sebagai penolong kanan Najib.
Adalah baik sekali kita menyokong saranan beberapa pihak agar dandingan Najib-Mohyiddin dapat dijelmakan selepas Jun 2010. Namun hasrat itu hendaklah dijelmakan dipastikan seawal Perhimpunan Agung UMNO November nanti iaitu dengan memastikan TSM itu berjaya menduduki Kerusi Naib Presiden (kalau boleh dengan undi terbanyak)
Soalannya Najib setuju ke tidak? Atau Dato Sri Najib ada calun lain? Kalau setuju, Dato Sri Najib seharusnya dapat memberikan bayangan dan sokongan kepada TSM.
Kalau memang benar Dato Sri Najib ada pilihan lain, adakah seluruh ahli UMNO bersetuju dan menerima bulat-bulat.
Atau kitalah ahli UMNO yang menentukannya dalam masyuarat Bahagian nanti.
Pesanan Long Mail, kepada para perwakilan masyuarat bahagian nanti fikir-fikirkanlah

long Mail, minta Dato Najib, TSM nyatakan pendirian demi perpaduan UMNO

SALAM PENGENALAN

Assalamualaikum wbt.
Saya rasa amat berbangga kerana akhirnya impian saya untuk mempunyai blog sendiri telah tercapai. Melalui blog ini, saya akan menyatakan pendapat saya dan pandangan saya mengenai banyak perkara meliputi pelbagai tajuk baik sosio politik, ekonomi, kemasyarakatan, motivasi mahupun agama.

Sebagai seorang graduan Sains Politik (1985) UKM, bekas Pegawai Tadbir sebuah Jabatan Kerajaan, bekas penceramah motivasi, saya berkeyakinan untuk menggunakan semua pengalaman itu untuk menganalisa perbagai perkara yang berlaku sekitar kita dan seterusnya menyatakan pandangan peribadi saya dalam blog ini.

Semoga kehadiran saya dapat diterima oleh semua pembaca blog. Saya juga amat berharap blogger senior yang menjadi idold saya seperti Chedet, Rocky Bru, Kuda Kepang, A Kadir Jasin, Dr Norvandri, Ahmad Talib, Jailani Harun (sekadar menyrbut beberapa nama) dapat menjenguk blog ini dan seterusnya memberi komen dan bimbingan kepada saya.

Secara ringkas saya Hj Ismail B Hj A Hamid, berusia 51 tahun, anak jati Negeri Johor. Saya seorang OKU dan kini menjalani rawatan hemodialisis. Mengusahakan perkhidmatan teksi di Bandaraya Johor Bahru.

Sehingga dipertemuan yang akan datang, Salam Ta'zim dari saya.

Long Mail